Para sarjana dan cendekiawan
Islam di seluruh dunia telahpun menghuraikan secara panjang lebar akan maksud
kalimah Mahdi. Malah ada yang menulis risalah yang hanya memperkatakan tentang
asal-usul dan maksud perkataan Mahdi itu saja. Begitulah mendalam dan halusnya
penelitian mereka terhadap
soal istilah ini. Berdasarkan
itu, penulis berasa tidak perlulah menjelaskan maksud kata Mahdi tersebut.
Namun, terasa pula kekurangan
yang nyata pada buku ini, karena para cendekiawan hari ini pasti tidak akan
berpuas hati sekiranya maksud istilah Mahdi itu tidak dijelaskan, biar pun
berupa uraian pendek. Sebenarnya bagi penulis, uraian istilah tidaklah
sepenting mana karena asal-usul
penggunaan sesuatu istilah
itu tidak membawa apa-apa ketahui, melainkan jika istilah itu membawa makna
sesuatu yang buruk. Selagi sesuatu istilah itu diluluskan syarak, harus saja
kita menggunakannya. Tidak perlulah mengkajinya secara mendalam dan disusur
secara halus.
Perkataan Mahdi yang
digunakan oleh orang-orang Melayu pada hari ini, berasal dari bahasa Arab jati,
dipinjam oleh orang-orang Melayu dengan sedikit perubahan bunyi, yaitu Mahadi. Secara
khusus di dalam bahasa Melayu, Mahadi atau Mahdi adalah
merujuk kepada suatu jawatan yang sangat mulia, yang akan muncul pada akhir
zaman, membangunkan Islam dan meninggikannya di atas agama-agama lain. Biasanya
orang-orang Melayu menyebutnya sebagai Imam Mahadi, sebagai suatu penghormatan
kepada beliau. Malah ada orang Melayu menyebutkannya sebagai baginda, merujuk
kepada ketinggian keturunannya. Ada juga ulama yang menggunakan isim muannas,
yaitu dengan menyebutnya Mahdiah, atau pengikut Mahdiah.
Sehubungan itu, untuk
mengambil berkat daripada gelaran al-Mahdi itu, ramailah orang Melayu di
Nusantara ini sejak dahulu lagi, menamakan anak mereka dengan nama Mahadi, sama
ada secara tunggal atau ditambah nama lain di hadapan atau belakangnya.
Contohnya Mahadi bin Abdullah. Yang ditambah namanya separti Puteh Mahadi bin Puteh
Ramli dan sebagainya. Yang dua di atas adalah sekadar contoh saja, bukan
sebenarnya.
Namun, orang-orang Melayu
pada hari ini sudah kurang menghormati Imam Mahdi, karena para sarjana dan
cendekiawan Islam-Melayu hanya menyebutkan beliau sebagai Mahdi atau al-Mahdi
saja, tidak separti yang lazim dilakukan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu,
yang memanggilnya Imam Mahadi sebagai tanda penghormatan kepadanya. Dan dalam
buku ini, penulis sendiri pun ikut banyak menggunakan istilah Mahdi atau
al-Mahdi saja, untuk menjimatkan ruang, bukan karena terpengaruh dengan sebutan
para cendekiawan tadi.
Menurut bahasa Arab pula,
istilah al-Mahdi atau Mahdi berarti ‘orang yang mendapat petunjuk’. Dari segi
istilahnya pula, petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk dari Allah, yaitu
sama dengan petunjuk yang pernah diterima oleh keempat-empat orang Khalifah
Rasulullah SAW dahulu.
Petunjuk yang dimaksudkan
adalah petunjuk untuk membawa seluruh manusia kepada Allah, petunjuk dalam
kepemimpinan mereka dan petunjuk khusus untuk diri mereka, yang tidak didapat
oleh sebarang-barang orang, pada sebarang-barang masa dan pada sebarang-barang
tempat saja.
Mereka
menjadi laluan untuk orang ramai mendapatkan Tuhan
mereka, sehingga mereka menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati
mereka, sentiasa basah di hujung lidah mereka, sentiasa bergerak pada setiap
suku anggota tubuh badan mereka, sentiasa turun dan naik bersama-sama turun dan
naiknya nafas mereka, sentiasa hidup bersama-sama roh mereka dan sentiasa
mencahayai akal fikiran mereka. Tuhan itulah cinta kasih mereka, cinta agung
mereka, malah segalagalanya
Tuhanlah yang dihadapkan,
seterusnya menjadikan mereka bangsa yang tinggi imannya, tinggi takwanya,
tinggi amalannya, tinggi agamanya dan tinggi sebutannya. Perkara-perkara inilah
yang perlu diperjuangkan semula oleh kita, agar kita mendapatkannya semula,
suatu permata paling berharga yang telah sekian lama hilang dari dalam diri
kita. Tenggelam ditelan oleh lubuk lumpur jahiliyah kali kedua yang lebih
dikenali oleh kita sebagai jahiliyah moden.
Juga dimaksudkan bahwa
sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi itu setelah munculnya kelak,
akan diberikan petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya, akhiratnya
dan dunianya. Dan orang yang tidak mau mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat
oleh mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah.
Maksud-maksud yang seni dan
mendalam inilah yang masih terselimut kukuh daripada pengetahuan para sarjana
dan cendekiawan Islam, dan jika mereka tahu pun, tidak dapat diselesaikan atau
diketemukan lagi. Demikianlah serba sedikit uraian mengenai istilah Mahdi itu
sendiri, dari persepsi dua bahasa dan dua bangsa, yang menguasai dunia dan
memperjuangkan Islam pada dua zaman. Itulah bahasa Melayu dan bahasa Arab, bangsa
Melayu dan bangsa Arab, yang menguasai dunia pada awal kurun Hijrah dan pada
akhir kurun Hijrah, mereka jugalah yang gigih memperjuangkan Islam pada awal
kurun Hijrah dan akhir kurun Hijrah.
Dan separti dimaklumi,
al-Mahdi itu adalah gelarannya, bukan namanya. Namanya yang sebenar
adalah Muhammad
bin Abdullah. Namanya di langit ialah Ahmad. Sebab-sebab
beliau digelar sebagai al-Mahdi itu adalah karena Rasulullah SAW sendiri yang
menyebut beliau dengan panggilan al-Mahdi. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW
hendaklah menghormatinya dengan memanggilnya Imam Mahdi. Rasulullah SAW
bolehlah memanggilnya Mahdi saja karena Imam Mahdi itu adalah anak cucunya,
sedangkan kita adalah pengikut dan umatnya saja. Selain itu, baginda SAW adalah
seorang yang bertaraf rasul, sedangkan Imam Mahdi itu hanyalah seorang yang bertaraf
wali saja. Layaklah baginda SAW memanggilnya Mahdi saja. Baginda SAW juga
adalah rasul kita semua, dan Imam Mahdi itu adalah salah seorang umat baginda
SAW sendiri. Dikarenakan itu pula, layaklah pula kita memanggilnya Imam,
sebagai tanda kita amat mengasihi dan menghormatinya. Hal ini sebenarnya telah
dipersetujui oleh sekalian ulama, karena menurut mereka, gelaran al-Mahdi itu
adalah suatu gelaran yang bersifat syar’i. Ulama hadits telah menapis semua
riwayat mengenainya hingga nyatalah kebenarannya. Demikian dihuraikan akan
katakata
Al-Allamah
al-Muhaddis as-Sayid Ahmad al-Ghumari.
Selain itu, ada dua buah asar
sahabat RA yang menjelaskan sebab-sebab beliau dinamakan sebagai al-Mahdi. Asar
pertama datang daripada riwayat Imam
Amrud Dani al-Hafiz, dalam Sunannya. Beliau mengambil riwayat
daripada Abdullah bin
Syauzab, yang katanya, sebab beliau dinamakan dengan al-Mahdi
adalah karena dinisbahkan kepada sebuah gunung di Syam, tempat lembaran-lembaran
Kitab Taurat yang asli akan dikeluarkan kembali yang akan membuktikan kesesatan
kaum Yahudi hingga mereka mengakuinya dan memeluk agama Islam. Maknanya, Imam Mahdi
itu dapat membawa petunjuk kepada ramai kaum Yahudi yang amat kukuh dibelenggu
oleh kesesatan itu.
Riwayat
kedua adalah asar yang datang daripada Kaab
bin Alqamah yang berkata, sebab beliau dipanggil al-Mahdi
karena beliau memberi petunjuk dalam hal-hal yang tidak jelas atau tidak nyata.
Beliau juga akan mengeluarkan peti yang berisi lembaran-lembaran Kitab Taurat
dan lain-lain.
Riwayat
ini telah dikeluarkan oleh Imam
Nuaim bin Hamad dalam kitabnya, Al-Fitan.
Ringkasnya, Imam Mahdi adalah orang yang dapat memberi petunjuk dalam hal-hal
yang selama ini tidak jelas atau tidak nyata, hingga nyatalah hukumnya dan
rahsia-rahsianya kepada sekalian umat Islam dan juga orang-orang bukan Islam,
termasuk orang-orang Yahudi. Selain itu, istilah al-mahdi di
dalam bahasa Arab juga bermaksud buaian. Ini adalah istilah yang umum digunakan
oleh orang Arab, malah ada beberapa buah hadits yang menggunakan istilah
almahdi dengan arti buaian. Contohnya sebuah hadits dhaif yang selalu kita
dengar yang menyatakan kewajipan menuntut ilmu sejak dari dalam buaian hingga
ke liang lahad.
Para
pengikut Imam Mahdi digelar sebagai Mahdiyyin atau Mahdiyyun, yang
artinya
golongan
Mahdi atau pengikut Imam Mahdi. Istilah ini masih belum digunakan secara umum
lagi pada hari ini karena para pengikut Imam Mahdi masih belum dapat ditentukan
batang tubuhnya oleh orang ramai. Juga karena Imam Mahdinya sendiri pun masih
belum keluar ke dunia ini, maka pengikutnya pun masih belum ditentukan lagi.
Yang pasti, pengikut Imam Mahdi ini bukanlah orang yang biasa, malah merupakan
orang-orang yang sangat istimewa pada zamannya dan amat terpilih di antara yang
amat terpilih.
Istilah Mahdiyyin atau Mahdiyyun juga
digunakan untuk kumpulan atau golongan yang mempercayai konsep Imam Mahdi, atau
menerima hadits-hadits mengenai Imam Mahdi dengan penuh yakin di dalam hati.
Golongan ini adalah majoriti masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini, didahului
oleh para ulama muktabar yang bertaraf mujaddid dan mujtahid, mendapat darjat
wali-wali besar dan utama di kalangan umat ini.
Jenis-jenis
al-Mahdi
Berdasarkan uraian dan
keterangan ulama terdahulu, terdapat beberapa jenis al-Mahdi. Jika digabungkan
semua pendapat dan hujah para ulama sejak zaman-berzaman, maka didapatlah beberapa
jenis Mahdi. Berikut ini adalah beberapa jenis Mahdi dan uraiannya secara serba
ringkas.
1. Mahdi dalam hal kebaikan,
yaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Maka tidaklah salah jika kita meletakkan
seseorang sebagai Imam Mahdi karena Khalifah Umar bin Abdul Aziz sendiri
digelar orang sebagai Imam Mahdi, selagi yang dimaksudkan itu bukan Imam Mahdi yang
sebenar. Tidak bolehlah kita menghukum sesat kepada seseorang yang mendakwa
orang lain sebagai Imam Mahdi, selagi yang didakwa itu bukan bermaksud Imam
Mahdi sebenar.
Jika gelaran Mahdi itu salah
jika diberikan kepada seseorang, tentulah para tabiin menjadi orang pertama
yang menentangnya dengan sekeras-kerasmya. Mereka jugalah yang pertama yang
akan menghukum si pendakwa itu sebagai sesat, syirik dan membahayakan akidah.
1. Mahdi dalam hal peperangan yaitu
orang yang sentiasa bergelimang dalam peperangan fi sabilillah. Dalam kes ini,
Mahdi yang dimaksudkan adalah sekumpulan orang, yaitu orangorang yang istiqamah
dalam urusan perjuangan mereka itu, demi menegak dan meninggikan kalimah Allah
di atas muka bumi ini.
2. Mahdi dalam hal agama yaitu
Nabi Isa bin Maryam AS. Beliau adalah orang yang sempurna Mahdinya yaitu tidak
pernah melakukan dosa dan maksiat, yang bersifat dengan maksum, karena beliau
adalah seorang nabi dan rasul, malah rasul yang Ulul ‘Azmi. Maka karena itulah
beliau dianggap sebagai Imam Mahdi yang sempurna agamanya. Pemerintahannya ke
atas seluruh dunia selepas kemangkatan Imam Mahdi adalah suatu yang pasti
karena sudah disebutkan oleh Rasulullah SAW sendiri.
3. Mahdi dalam hal pemerintahan yaitu
Khulafa ur-Rasyidin yang berempat. Mereka dikatakan khalifah ‘yang mendapat
petunjuk’ dalam pemerintahan mereka. Dan penggunaan istilah ‘yang mendapat
petunjuk’ itu bermaksud bahwa mereka juga adalah al-Mahdi bagi umat ini, dan
jumlah al-Mahdi ini adalah empat orang separti yang lazim diketahui umum.
4. Imam al-Mahdi yang Muntazar,
hanya seorang saja yaitu Muhammad bin Abdullah, Ahlulbait AS. Inilah al-Mahdi
yang sebenar, yang telah menimbulkan terlalu banyak kontroversi, suatu jawatan
yang cukup diminati oleh sekian banyak orang, yang dibuktikan dengan terlalu
banyaknya dakwaan sebagai Imam Mahdi. Namun satu perkara yang pasti adalah,
al-Mahdi yang sebenar tetaplah Imam Mahdi, manakala yang palsu tetap akan
lenyap. Ini sesuai dengan firman Allah SWT, “Apabila datang yang hak, yang
batil pasti akan sirna…”
5. Mahdi palsu yang sentiasa
muncul di sana-sini dari masa ke masa. Inilah al-Mahdi palsu,
yaitu golongan yang coba mengambil kesempatan di atas kejahilan dan kelemahan umat
Islam untuk tujuan peribadi. Namun yang batil tetaplah batil, akhirnya pasti
akan lenyap ditelan zaman, lenyap bersama-sama dengan lenyapnya si pendakwa
dirinya Imam Mahdi itu.
6. Mahdi di kalangan para aulia Allah.
Mereka ini adalah wali-wali besar pada zaman mereka dan menjadi pemerintah bagi
sekalian wali pada zaman masing-masing. Mereka ini adalah para Wali Qutub dan
Wali Ghaus, yang mempunyai peranan yang cukup besar dalam Wilayah Auliya.
Peranan mereka tidak begitu diketahui oleh orang awam, tetapi cukup dirasakan
oleh kalangan wali-wali dan para solihin.
7. Mahdi yang diambil berkat yaitu
orang yang menggunakan gelaran al-Mahdi pada hujung namanya, bukan sebagai
tokoh yang khas. Oleh karena Mahdi itu bermaksud orang yang mendapat petunjuk,
maka beberapa orang pemerintah turut menggunakan gelaran al-Mahdi, dengan
tujuan mengambil berkat daripada peribadi sebenar yang digelar al-Mahdi itu.
Orang Melayu menamakan anak mereka dengan Mahadi, sebagai mengambil berkat
tersebut.
Persoalan
Imam Mahdi Adalah Persoalan Sejagat
Masalah Imam Mahdi adalah
masalah yang sangat rumit dan sukar pula untuk dihuraikan dengan tepat, jika
dilihat dari segi ilmu sosiologi moden, ilmu hadits, ilmu sejarah dan ilmu
tauhid.
Ada pelbagai tanggapan dan
tafsiran yang dapat dirumuskan daripada setiap pengakuan yang dibuat oleh para
ulama dan sarjana. Masalah ini adalah masalah yang paling kontroversi di
kalangan umat Islam sejak dahulu hingga kini. Masalah Imam Mahdi ini boleh juga
dikatakan sebagai masalah universal, yang melibatkan semua agama di dunia, sama
ada agama samawi atau wasni. Sebabnya, Imam Mahdi itu adalah pemimpin sejagat, pemimpin
bagi seluruh manusia, bukan sekadar pemimpin umat Islam atau sekelompok manusia
saja.
Sejak dari zaman tabiin dan
tabiit tabiin lagi, masalah Imam Mahdi sudah muncul dan ini menyebabkan banyak
pihak coba mengambil peluang ini untuk menonjolkan diri dan keluarganya, malah
tanah airnya kepada masyarakat umum dengan pengakuan sebagai Imam Mahdi yang
ditunggutunggu itu. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat yang dapat dikutip
daripada para tabiin lagi. Salah satunya adalah separti berikut.
Khalid bin Samir RH berkata,
“Musa bin Talhah bin Ubaidillah lari
daripada (kejaran tentara) Al-Mukhtar ke Kota Basrah karena penduduknya percaya bahwa dia
adalah Imam Mahdi.”
Riwayat di atas menunjukkan
dengan jelas memang masalah Imam Mahdi sudahpun diperkatakan sejak dari zaman
tabiin lagi, dan tidak heranlah jika ia terus diperkatakan sehingga kini.
Sementelahan pula, orang ramai memang diakui sepanjang zaman sebagai tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai Imam Mahdi, walaupun diakui pula
bahwa mereka cukup berminat dengan nama besar itu. Hal ini dikarenakan
periwayatan mengenai Imam Mahdi jarang atau tidak dibuat secara terbuka dan
terus terang karena ditakuti ada side
effect dari pihak pemerintah pada zaman masing-masing
terhadap diri mereka.
Jika didasarkan masalah ini
secara umum, terdapat dua kelompok utama di kalangan umat Islam. Golongan
pertama adalah golongan yang amat yakin akan kemunculan Imam Mahdi sehingga
sebahagiannya jadi berlebih-lebihan pula keyakinan mereka itu, pada hal itu
tidaklah dituntut, melainkan jika ada bukti yang sahih, khabar yang yakin dan
sumber yang hak. Akibatnya mereka jadi tersalah dan sesat. Kedua, ialah
golongan yang langsung tidak mau percaya akan kemunculan Imam Mahdi sehingga
memandang ringan masalah ini seringan-ringannya. Akibatnya, mereka kerugian
satu ilmu yang amat berguna pada masa ini, masa umat Islam sedang begitu lemah
akibat ditekan-tekan oleh pihak musuh dari semua arah. Uraian lanjut
mengenainya ada disertakan pada bahagianbahagian berikut nanti.
Memang diakui bahwa Imam
Mahdi adalah harapan terakhir, sempadan terakhir dan benteng terakhir umat
Islam. Bagindalah sebenarnya sumber agama dan penaik semangat umat Islam untuk
meneruskan hidup dalam tekanan yang maha hebat oleh pihak musuh pada zaman ini.
Nama Imam Mahdi itu sendiri pun sudah menjadi ‘bara yang terpendam’ di dalam lubuk
hati setiap umat Islam yang sedang gigih berjuang menegakkan kalimah Allah di
atas muka bumi ini.
Jika
kita melihat berdasarkan sejarah umum di kalangan umat Islam, sudah terdapat lebih tiga ribu peribadi
di seluruh dunia yang telah mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi sejak pertengahan
tahun 200 Hijrah lagi sehinggalah ke hari ini. Sebahagiannya pula didakwa oleh
orang lain sebagai Imam Mahdi, sedangkan dia tidak pernah mengaku dirinya
sebagai Imam Mahdi. Ini sebenarnya melibatkan semua mazhab dalam Ilmu Tauhid
separti Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syiah, Khawarij dan lain-lain lagi.
Pada setiap tahun, ada saja
kedengaran berita bahwa si anu mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan berpusat
di sekian sekian tempat. Pengikutnya pula memakai tanda-tanda atau pakaian
tertentu, dengan slogan-slogan tertentu dan dengan matlamat yang tertentu pula.
Ada yang radikal, ada yang sederhana radikal dan ada yang terus-menerus
bergerak secara sembunyi-sembunyi, tanpa menampakkan sebarang tanda.
Pergerakan kumpulan mereka
amat rahsia, tidak diketahui oleh orang luar. Mereka mempunyai buku-buku
rujukan sendiri yang isinya amat pelik dan tidak ada kena-mengena dengan syariat,
yang tidak boleh dibacakan kepada orang ramai secara terbuka. Amalan-amalan
yang mereka lakukan juga jauh menyalahi amalan yang lazim terdapat di dalam
syariat kita. Fatwa-fatwa mereka amat pelik dan tidak sesuai dituruti oleh
orang ramai secara bebas, dibuat oleh ketua mereka dan hanya sesuai untuk kegunaan dalaman saja.
Kita seharusnya mengakui
bahwa yang benar tetap benar, manakala yang salah itu tetaplah salahnya. Tidak
boleh yang benar itu disalah-salahkan dan yang salah itu sedaya upaya coba juga
dibenarkan, walaupun tidak boleh dan tidak mungkin dapat dibenarkan. Maka
ikhtilaf atau kontroversi di sekitar persoalan Imam Mahdi ini amatlah
memerlukan penjelasan yang tidak berat sebelah, tidak dipengaruhi oleh sebarang
sentimen dan sikap taksub, supaya kekeliruan yang menyelubunginya selama ini
dapat diselesaikan dengan baik dan tidak lagi berlarutan.
Demikianlah kesejagatannya
isu Imam Mahdi ini. Isu ini adalah isu yang cukup tersembunyi, sangat misteri
dan amat luas diperkatakan. Isu ini sememangnya cukup tersembunyi tetapi cukup membara,
panas sepanjang masa, sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Isu Imam
Mahdi ini cukup menarik sehingga setiap bangsa, setiap agama, setiap masa dan
setiap tempat di atas muka bumi ada mempunyai Imam Mahdinya sendiri.
Bagi yang rajin meneliti masalah
ini lagi, akan didapati pula bahwa Imam Mahdi adalah suatu perkara yang tidak
terhad kepada sesuatu sempadan negara saja karena hampir setiap negara di dunia
ini mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri. Tidak terhad kepada sesuatu sempadan
masa saja karena pada setiap zaman itu ada Imam Mahdinya sendiri sama ada benar
atau palsu. Tidak terhad juga kepada sesuatu bangsa saja karena semua bangsa
mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri sama ada benar atau palsu. Tidak juga
terhad kepada sesuatu sempadan agama saja karena hampir setiap agama ada
mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri. Hanya nama, sifat dan gelarnya saja yang
berbeda-beda. Dan yang paling menarik ialah, setiap hati yang beriman pasti mau
tidak mau amat mengharapkan kedatangan seorang juruselamat yang bakal
menyelamatkan mereka daripada terus karam dan tenggelam dalam pelbagai cobaan
dan dugaan masa, yang ternyata amat melemaskan hati beriman mereka.
Agama-agama
Lain pun Ada ‘Imam Mahdi’
Kalau kita beranggapan bahwa
hanya di dalam agama Islam saja yang ada Imam Mahdi, maka eloklah kita berfikir
sekali lagi. Andaian tersebut tidak tepat sama sekali, dan lebih bersifat andaian
melulu. Seharusnya kita mengkaji semula persoalan ini dengan lebih teliti dan
saksama. Yang berbeda adalah dari segi nama, sikap, cara hidup, tujuan
turunnya, masa turun dan tempat turunnya.
Jika dilihat dalam agama lain
pula, terdapat juga konsep Imam Mahdi ini. Kebanyakan agama di dunia ini sangat
menantikan kedatangan seorang sang penyelamat yang akan membebaskan mereka daripada
kezaliman, kesengsaraan dan penindasan. Selain daripada Islam, agama-agama lain
separti Yahudi, Kristian, Majusi dan Hindu juga sangat menantikan kedatangan
seseorang yang bakal muncul membawa keamanan dan keadilan kepada dunia.
Orang-orang Yahudi mazhab
ortodoks percaya bahwa akan lahir Imam
Mahdi dari kalangan mereka. Mereka percaya Imam Mahdi ini akan
lahir dengan segala macam keramat dan kelebihan, akan mengembalikan mereka ke
tanah tumpah asal mereka, Baitulmaqdis, Bukit Tursina dan Palestin. Mereka ini
dipanggil golongan Messianic yaitu
golongan yang percaya akan tibanya sang juru selamat. Perkataan Messianic itu
sendiri datang dari kata Messiah,
yaitu orang yang digelar ‘Imam
Mahdi’ (menurut ajaran agama mereka).
Kenyataan
mengenai Imam
Mahdi ada disebutkan dengan jelas sekali di dalam Kitab Taurat
yang asli dan karena itulah hal ini sangat diyakini oleh orang-orang Yahudi,
sebelum akhirnya golongan Zionis melarang umatnya mempercayai hal-hal keramat
sedemikian. Hal yang demikian turut juga dicatatkan di dalam sejarah
orang-orang Yahudi zaman pertengahan dahulu.
Kepercayaan
akan tibanya Messiah yang
dinanti-nanti, yang membawa mereka kembali semula ke Palestin, memenangkan
bangsa Yahudi atas semua bangsa di dunia, menghapuskan semua agama lain, penuh
dengan kekeramatan yang sangat luar biasa dan sangat dikultuskan oleh mereka, akhirnya
berjaya dihapuskan setelah ajaran sekular Zionis dipaksakan ke atas semua umat
Yahudi mulai tahun 1890 Masihi.
Sejak itu, semua anggapan
terhadap kehebatan Messiah yang dinanti-nantikan itu lenyap dan orang-orang
Yahudi kembali semula ke ‘alam nyata’ dan berusaha sendiri membina bangsa dan negara
mereka tanpa perlu menunggu-nunggu dan mengharapkan kedatangan Messiah itu
lagi.
Orang-orang Yahudi selepas
itu mulai meninggalkan khayalan keramat Imam Mahdi mereka dan hidup dalam dunia
nyata mereka sehinggalah ke hari ini.
Dalam Kitab Perjanjian Lama, Kitab
Kejadian (Genesis) 18:20
“Dan
bagi Ismail, Aku mendengar doanya; Sungguh, Aku akan
memberkatinya
dan menjadikannya mewah dan Aku akan kembang biakkan
keturunannya,
Dua Belas Raja akan dilahirkannya dan Aku akan jadikannya
bangsa
yang besar”
Manakala
di dalam Kitab
Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS, ada dituliskan satu
ayat yang bunyinya (terjemahannya) kira-kira begini:
“
…dan Allah akan memunculkan para wali yang akan menjadi pemilik dunia
ini
dan menyelesaikannya selama-lamanya” (Mazmur
37, 10-37).
Selain daripada kepercayaan
yang demikian, bagi orang-orang Yahudi, disebabkan mereka telah kehilangan
tanah suci dan tanah asal mereka, lalu dijadikan hamba abdi oleh bangsa Kaldea
dan Suryani pada zaman dahulu, mereka menjadikan salah seorang nabi mereka
sebagai Mahdi yang
akan muncul, yang bakal menyusun kembali bangsa Yahudi dan akan mengembalikan
mereka ke tanah suci yang dijanjikan itu, pada masa depan.
Menurut
kepercayaan itu, orang-orang Yahudi menganggap bahwa Nabi Elijah (Nabi
Ilyas AS) telah diangkat ke langit oleh Tuhan, belum mati, dan akan diturunkan
semula ke dunia ini pada akhir zaman untuk menyelamatkan anak-anak Israel
daripada kesusahan dan kezaliman. Itulah Mahdi mereka. Menurut Islam, memang pun
Nabi Ilyas AS belum mati, dan akan muncul kembali pada zaman Imam Mahdi tetapi
bukan beliau yang menjadi Imam Mahdi. Beliau hanyalah salah seorang pengikut
Imam Mahdi, sebagai pembantu kanan Imam Mahdi.
Orang Kristian juga
sangat yakin dengan konsep Imam
Mahdi ini, yang kononnya akan lahir dari kalangan penganut
agama mereka pula. Dan konsep kepercayaan ini lebih bersifat literal (dari mulut
ke mulut) dan bukan merupakan satu kepercayaan yang diwajibkan mempercayainya.
Apa yang jelas, Imam
Mahdi yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Nabi Isa As
sendiri. Hasilnya, sebahagian besar saja yang percaya, manakala sebahagian yang
lain tidak menyatakan kepercayaan mereka atau langsung tidak percaya.
Mereka juga, sebahagian
besarnya, percaya bahwa Nabi Isa AS pun akan turun ke dunia ini sekali lagi
untuk mengamankan seluruh bumi ini. Maka tidak heranlah (sebagai hasilnya) jika
di negeri China, terdapat orang Cina beragama Kristian yang mengaku dirinya
sebagai Imam
Mahdi dan sekali gus jelmaan suci Nabi Isa AS. Beliau ialah
Hung Hsiu-chuan, pemimpin Gerakan
T’aiping pada tahun 1890 yang amat terkenal itu.
Nietzsche,
seorang tokoh sastera terkenal di Jerman, juga mengaku dirinya Jesus, sekaligus
sebagai sang penyelamat. Dia mengantar surat kepada raja-raja dan
pembesar-pembesar yang mengandungi dakwaan bahwa dirinya sebagai Jesus. Keadaan
yang sama turut dilaporkan berlaku di Eropah Timur dan Amerika Utara. Malah di
Amerika Latin juga, ada dilaporkan orang-orang yang mendakwa dirinya
sebagai Imam Mahdi,
sekali gus sebagai Jesus Christ. Benua Afrika sendiri tidak terkecuali karena
baru-baru ini seorang paderi bernama Maitreya turut mendakwa dirinya
sebagai jelmaan semula Jesus, dan sekaligus menjadi Imam Mahdi bagi
umat Kristian.
Agama Hindu juga
sangat yakin dengan kedatangan seorang Mahdi yang akan mengembangkan ajaran
agama Hindunya ke seluruh dunia, pada akhir zaman kelak. Disebutkan gelarannya Mansur atau Maha Shiva atau
nama sebenarnya Mahmat atau Ahmad. Selain itu
ada beberapa nama lagi yang diberikan kepadanya, sebagai menunjukkan ketinggian
kemuliaannya dan besar kedudukannya.
Dalam
kitab “Veda” yaitu
salah sebuah kitab suci dalam agama Hindu, tertulis suatu ayat yang terjemahannya
kira-kira begini:
“Pada
penghujung (umur) dunia, setelah berlaku penyelewengan di muka
bumi,
(muncul) seorang pemimpin yang dipanggil Mansur. Dia akan
menguasai
seluruh dunia, dia amat dikenali oleh setiap orang sama ada yang
beriman
atau yang kafir, dan apa saja yang dipintanya, Tuhan akan
tunaikan
dia”.
Selain itu, para penganut
Hindu juga percaya, berdasarkan keterangan kitab mereka bahwa Dewa Krisyna adalah
seorang dewa jejaka yang bujang, tidak pernah berkahwin. Beliau digambarkan sebagai
seorang pemuda yang sedang disalib dengan ditebuk kedua-dua belah tangan dan
kedua-dua belah kakinya. Pada tengah dadanya tergambar ulu hati manusia,
manakala kepalanya pula memakai mahkota. Menurut kepercayaan mereka lagi, Dewa
Krisyna itu akan turun semula ke dunia ini pada akhir zaman untuk menyelamatkan
manusia dan dunia ini daripada segala mala petaka. Maknanya, selain Imam Mahdi, Dewa Krisyna
juga akan turun membantu mengamankan dunia ini. Penganut agama Buddha juga
yakin dengan kedatangan Mahdi yang
akan membersihkan dunia ini dari kekejaman, dan Mahdi itu
dibekalkan dengan segala macam kuasa hebat dan ilmu sakti (keramat menurut
Islam). Mahdi yang
dimaksudkan itu disebut sebagai Shammaraja (Raja
yang Sangat Adil). Nama sebenar dan tempat lahir Mahdi itu tidak
dinyatakan dengan jelas. Tetapi mereka percaya, atas perkhabaran para sami
mereka, zaman sekarang ini adalah zaman untuk Shammaraja itu
memunculkan dirinya dan menyelamatkan dunia ini.
Mereka
juga percaya bahwa Siddharta
Gautama, pengasas agama Buddha itu, yang dikatakan datang dari
kalangan bangsawan Sakra di negeri Kapilawastu (di Nepal sekarang) adalah dari
kelahiran tunggal, dan akan turun semula ke dunia ini pada akhir zaman kelak
untuk membersihkan dunia daripada kesengsaraan dan kekejaman. Tapi, konsep ini
sebenarnya sama dengan kepercayaan penurunan semula Nabi Isa AS ke dunia ini
separti yang terdapat di dalam agama Kristian dan agama Islam.
Orang-orang Majusi aliran
Mazda, yang menganut ajaran ciptaan Zarathustra (Zoroaster)
yaitu golongan penyembah api suci, yang jumlahnya hari ini kira-kira setengah
juta orang di Iran dan beberapa ribu lagi di India, juga yakin dengan
konsep Imam Mahdi.
Ajaran mereka menyatakan bahwa tiga orang penyelamat besar akan muncul, dimulai
oleh Aushedar dan
diikuti pula oleh Aushedar-mah.
Yang terakhir keluar ialah seorang lelaki perkasa bernama Saoshyant / Shayoshant, yang
berasal dari anak cucu Zoroaster, yang akan muncul dan memusnahkan Ahriman, kuasa
jahat, sekali gus membersihkan dunia ini daripada kegelapan dan kesengsaraan.
Dia memerintah dunia dengan adil dan saksama selama seribu tahun, mendirikan
kerajaan Ahura
Mazda yang sepenuhnya. Mereka tidak menyebutnya dengan
sebutan Mahdi tetapi maksudnya sama dengan Mahdi bagi umat Islam. Dan daripada
ajaran Mazda inilah orang-orang Syiah menyerapkan konsep Imam Mahdi mereka,
karena meyakini Imam Mahdi Syiah itu akan memerintah dunia ini selama seribu
tahun.
Bagi
mendapatkan penjelasan lanjut, kitab ‘Yanaseb / Yasna’ yang ditulis
oleh salah seorang murid kanan Zoroaster yang mengasaskan agama Majusi itu
membuat penyataan yang terjemahannya berbunyi kira-kira:
“Dari
jazirah tanah Arab , dari anak cucu Hasyim, seorang lelaki yang
kepalanya
besar, badannya besar dan berkaki besar akan muncul, lalu
meneruskan
agama datuknya dengan pasukan tentara yang besar, datang ke
Iran
lalu memerintah dunia dan memenuhkan bumi ini dengan keadilan”.
Demikianlah sekelumit
pandangan dan penyataan mengenai turunnya sang penyelamat bagi beberapa buah
agama besar dunia, separti yang kita dapati daripada kitab-kitab suci agama
masing-masing.
Semoga ilmu dan kefahaman
kita akan bertambah setelah membaca keterangan ini. Cuma kita tidaklah harus
mempedulikan sangat tentang keperibadian sang penyelamat mereka itu, karena
yang demikian tidaklah perlu diambil perhatian. Tidak perlu diulas benar atau
tidaknya kepercayaan mereka ini, sebab kalau pangkalnya yakni akidahnya saja
pun sudah sesat, maka hujung-hujungnya pastilah sesat juga. Mustahil pangkal
yang sesat dapat menghasilkan hujung yang betul. Maka apa-apa jua keterangan
daripada mereka tidaklah dapat menambahkan apa-apa kepada kita dan tidak pula
mampu mendatangkan apa-apa ketahui buruk kepada kita.
Yang perlu ditekankan di sini
adalah, begitulah terkenalnya sekali tokoh istimewa ini, hingga setiap bangsa,
dari setiap agama, pada setiap tempat dan pada setiap zaman, ada saja
dilaporkan orang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi, atau orang lain mendakwakan
bahwa si anu itu adalah Imam
Mahdi. Malah, orang yang telah benar-benar mati pun tidak terlepas
daripada didakwa sebagai bakal Imam
Mahdi! Yang peliknya, ramai pula yang terus percaya bulat-bulat,
walaupun tiada sebarang persamaan antara individu yang didakwa itu dengan
sifat-sifat Imam
Mahdi separti yang telah digariskan oleh hadits-hadits.
Share this:
https://mataram351.wordpress.com/imam-mahdi/uraian-bagi-istilah-mahdi/