Rabu, 19 Desember 2018

Uraian Bagi Istilah MAHDI


Para sarjana dan cendekiawan Islam di seluruh dunia telahpun menghuraikan secara panjang lebar akan maksud kalimah Mahdi. Malah ada yang menulis risalah yang hanya memperkatakan tentang asal-usul dan maksud perkataan Mahdi itu saja. Begitulah mendalam dan halusnya penelitian mereka terhadap
soal istilah ini. Berdasarkan itu, penulis berasa tidak perlulah menjelaskan maksud kata Mahdi tersebut.
Namun, terasa pula kekurangan yang nyata pada buku ini, karena para cendekiawan hari ini pasti tidak akan berpuas hati sekiranya maksud istilah Mahdi itu tidak dijelaskan, biar pun berupa uraian pendek. Sebenarnya bagi penulis, uraian istilah tidaklah sepenting mana karena asal-usul
penggunaan sesuatu istilah itu tidak membawa apa-apa ketahui, melainkan jika istilah itu membawa makna sesuatu yang buruk. Selagi sesuatu istilah itu diluluskan syarak, harus saja kita menggunakannya. Tidak perlulah mengkajinya secara mendalam dan disusur secara halus.
Perkataan Mahdi yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada hari ini, berasal dari bahasa Arab jati, dipinjam oleh orang-orang Melayu dengan sedikit perubahan bunyi, yaitu Mahadi. Secara khusus di dalam bahasa Melayu, Mahadi atau Mahdi adalah merujuk kepada suatu jawatan yang sangat mulia, yang akan muncul pada akhir zaman, membangunkan Islam dan meninggikannya di atas agama-agama lain. Biasanya orang-orang Melayu menyebutnya sebagai Imam Mahadi, sebagai suatu penghormatan kepada beliau. Malah ada orang Melayu menyebutkannya sebagai baginda, merujuk kepada ketinggian keturunannya. Ada juga ulama yang menggunakan isim muannas, yaitu dengan menyebutnya Mahdiah, atau pengikut Mahdiah.
Sehubungan itu, untuk mengambil berkat daripada gelaran al-Mahdi itu, ramailah orang Melayu di Nusantara ini sejak dahulu lagi, menamakan anak mereka dengan nama Mahadi, sama ada secara tunggal atau ditambah nama lain di hadapan atau belakangnya. Contohnya Mahadi bin Abdullah. Yang ditambah namanya separti Puteh Mahadi bin Puteh Ramli dan sebagainya. Yang dua di atas adalah sekadar contoh saja, bukan sebenarnya.
Namun, orang-orang Melayu pada hari ini sudah kurang menghormati Imam Mahdi, karena para sarjana dan cendekiawan Islam-Melayu hanya menyebutkan beliau sebagai Mahdi atau al-Mahdi saja, tidak separti yang lazim dilakukan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu, yang memanggilnya Imam Mahadi sebagai tanda penghormatan kepadanya. Dan dalam buku ini, penulis sendiri pun ikut banyak menggunakan istilah Mahdi atau al-Mahdi saja, untuk menjimatkan ruang, bukan karena terpengaruh dengan sebutan para cendekiawan tadi.
Menurut bahasa Arab pula, istilah al-Mahdi atau Mahdi berarti ‘orang yang mendapat petunjuk’. Dari segi istilahnya pula, petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk dari Allah, yaitu sama dengan petunjuk yang pernah diterima oleh keempat-empat orang Khalifah Rasulullah SAW dahulu.
Petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk untuk membawa seluruh manusia kepada Allah, petunjuk dalam kepemimpinan mereka dan petunjuk khusus untuk diri mereka, yang tidak didapat oleh sebarang-barang orang, pada sebarang-barang masa dan pada sebarang-barang tempat saja.
Mereka menjadi laluan untuk orang ramai mendapatkan Tuhan mereka, sehingga mereka menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati mereka, sentiasa basah di hujung lidah mereka, sentiasa bergerak pada setiap suku anggota tubuh badan mereka, sentiasa turun dan naik bersama-sama turun dan naiknya nafas mereka, sentiasa hidup bersama-sama roh mereka dan sentiasa mencahayai akal fikiran mereka. Tuhan itulah cinta kasih mereka, cinta agung mereka, malah segalagalanya
Tuhanlah yang dihadapkan, seterusnya menjadikan mereka bangsa yang tinggi imannya, tinggi takwanya, tinggi amalannya, tinggi agamanya dan tinggi sebutannya. Perkara-perkara inilah yang perlu diperjuangkan semula oleh kita, agar kita mendapatkannya semula, suatu permata paling berharga yang telah sekian lama hilang dari dalam diri kita. Tenggelam ditelan oleh lubuk lumpur jahiliyah kali kedua yang lebih dikenali oleh kita sebagai jahiliyah moden.
Juga dimaksudkan bahwa sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi itu setelah munculnya kelak, akan diberikan petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya, akhiratnya dan dunianya. Dan orang yang tidak mau mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat oleh mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah.
Maksud-maksud yang seni dan mendalam inilah yang masih terselimut kukuh daripada pengetahuan para sarjana dan cendekiawan Islam, dan jika mereka tahu pun, tidak dapat diselesaikan atau diketemukan lagi. Demikianlah serba sedikit uraian mengenai istilah Mahdi itu sendiri, dari persepsi dua bahasa dan dua bangsa, yang menguasai dunia dan memperjuangkan Islam pada dua zaman. Itulah bahasa Melayu dan bahasa Arab, bangsa Melayu dan bangsa Arab, yang menguasai dunia pada awal kurun Hijrah dan pada akhir kurun Hijrah, mereka jugalah yang gigih memperjuangkan Islam pada awal kurun Hijrah dan akhir kurun Hijrah.
Dan separti dimaklumi, al-Mahdi itu adalah gelarannya, bukan namanya. Namanya yang sebenar adalah Muhammad bin Abdullah. Namanya di langit ialah Ahmad. Sebab-sebab beliau digelar sebagai al-Mahdi itu adalah karena Rasulullah SAW sendiri yang menyebut beliau dengan panggilan al-Mahdi. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah menghormatinya dengan memanggilnya Imam Mahdi. Rasulullah SAW bolehlah memanggilnya Mahdi saja karena Imam Mahdi itu adalah anak cucunya, sedangkan kita adalah pengikut dan umatnya saja. Selain itu, baginda SAW adalah seorang yang bertaraf rasul, sedangkan Imam Mahdi itu hanyalah seorang yang bertaraf wali saja. Layaklah baginda SAW memanggilnya Mahdi saja. Baginda SAW juga adalah rasul kita semua, dan Imam Mahdi itu adalah salah seorang umat baginda SAW sendiri. Dikarenakan itu pula, layaklah pula kita memanggilnya Imam, sebagai tanda kita amat mengasihi dan menghormatinya. Hal ini sebenarnya telah dipersetujui oleh sekalian ulama, karena menurut mereka, gelaran al-Mahdi itu adalah suatu gelaran yang bersifat syar’i. Ulama hadits telah menapis semua riwayat mengenainya hingga nyatalah kebenarannya. Demikian dihuraikan akan katakata
Al-Allamah al-Muhaddis as-Sayid Ahmad al-Ghumari.
Selain itu, ada dua buah asar sahabat RA yang menjelaskan sebab-sebab beliau dinamakan sebagai al-Mahdi. Asar pertama datang daripada riwayat Imam Amrud Dani al-Hafiz, dalam Sunannya. Beliau mengambil riwayat daripada Abdullah bin Syauzab, yang katanya, sebab beliau dinamakan dengan al-Mahdi adalah karena dinisbahkan kepada sebuah gunung di Syam, tempat lembaran-lembaran Kitab Taurat yang asli akan dikeluarkan kembali yang akan membuktikan kesesatan kaum Yahudi hingga mereka mengakuinya dan memeluk agama Islam. Maknanya, Imam Mahdi itu dapat membawa petunjuk kepada ramai kaum Yahudi yang amat kukuh dibelenggu oleh kesesatan itu.
Riwayat kedua adalah asar yang datang daripada Kaab bin Alqamah yang berkata, sebab beliau dipanggil al-Mahdi karena beliau memberi petunjuk dalam hal-hal yang tidak jelas atau tidak nyata. Beliau juga akan mengeluarkan peti yang berisi lembaran-lembaran Kitab Taurat dan lain-lain.

Riwayat ini telah dikeluarkan oleh Imam Nuaim bin Hamad dalam kitabnya, Al-Fitan. Ringkasnya, Imam Mahdi adalah orang yang dapat memberi petunjuk dalam hal-hal yang selama ini tidak jelas atau tidak nyata, hingga nyatalah hukumnya dan rahsia-rahsianya kepada sekalian umat Islam dan juga orang-orang bukan Islam, termasuk orang-orang Yahudi. Selain itu, istilah al-mahdi di dalam bahasa Arab juga bermaksud buaian. Ini adalah istilah yang umum digunakan oleh orang Arab, malah ada beberapa buah hadits yang menggunakan istilah almahdi dengan arti buaian. Contohnya sebuah hadits dhaif yang selalu kita dengar yang menyatakan kewajipan menuntut ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

Para pengikut Imam Mahdi digelar sebagai Mahdiyyin atau Mahdiyyun, yang artinya
golongan Mahdi atau pengikut Imam Mahdi. Istilah ini masih belum digunakan secara umum lagi pada hari ini karena para pengikut Imam Mahdi masih belum dapat ditentukan batang tubuhnya oleh orang ramai. Juga karena Imam Mahdinya sendiri pun masih belum keluar ke dunia ini, maka pengikutnya pun masih belum ditentukan lagi. Yang pasti, pengikut Imam Mahdi ini bukanlah orang yang biasa, malah merupakan orang-orang yang sangat istimewa pada zamannya dan amat terpilih di antara yang amat terpilih.
Istilah Mahdiyyin atau Mahdiyyun juga digunakan untuk kumpulan atau golongan yang mempercayai konsep Imam Mahdi, atau menerima hadits-hadits mengenai Imam Mahdi dengan penuh yakin di dalam hati. Golongan ini adalah majoriti masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini, didahului oleh para ulama muktabar yang bertaraf mujaddid dan mujtahid, mendapat darjat wali-wali besar dan utama di kalangan umat ini.

Jenis-jenis al-Mahdi
Berdasarkan uraian dan keterangan ulama terdahulu, terdapat beberapa jenis al-Mahdi. Jika digabungkan semua pendapat dan hujah para ulama sejak zaman-berzaman, maka didapatlah beberapa jenis Mahdi. Berikut ini adalah beberapa jenis Mahdi dan uraiannya secara serba ringkas.
1. Mahdi dalam hal kebaikan, yaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Maka tidaklah salah jika kita meletakkan seseorang sebagai Imam Mahdi karena Khalifah Umar bin Abdul Aziz sendiri digelar orang sebagai Imam Mahdi, selagi yang dimaksudkan itu bukan Imam Mahdi yang sebenar. Tidak bolehlah kita menghukum sesat kepada seseorang yang mendakwa orang lain sebagai Imam Mahdi, selagi yang didakwa itu bukan bermaksud Imam Mahdi sebenar.
Jika gelaran Mahdi itu salah jika diberikan kepada seseorang, tentulah para tabiin menjadi orang pertama yang menentangnya dengan sekeras-kerasmya. Mereka jugalah yang pertama yang akan menghukum si pendakwa itu sebagai sesat, syirik dan membahayakan akidah.
1. Mahdi dalam hal peperangan yaitu orang yang sentiasa bergelimang dalam peperangan fi sabilillah. Dalam kes ini, Mahdi yang dimaksudkan adalah sekumpulan orang, yaitu orangorang yang istiqamah dalam urusan perjuangan mereka itu, demi menegak dan meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

2. Mahdi dalam hal agama yaitu Nabi Isa bin Maryam AS. Beliau adalah orang yang sempurna Mahdinya yaitu tidak pernah melakukan dosa dan maksiat, yang bersifat dengan maksum, karena beliau adalah seorang nabi dan rasul, malah rasul yang Ulul ‘Azmi. Maka karena itulah beliau dianggap sebagai Imam Mahdi yang sempurna agamanya. Pemerintahannya ke atas seluruh dunia selepas kemangkatan Imam Mahdi adalah suatu yang pasti karena sudah disebutkan oleh Rasulullah SAW sendiri.

3. Mahdi dalam hal pemerintahan yaitu Khulafa ur-Rasyidin yang berempat. Mereka dikatakan khalifah ‘yang mendapat petunjuk’ dalam pemerintahan mereka. Dan penggunaan istilah ‘yang mendapat petunjuk’ itu bermaksud bahwa mereka juga adalah al-Mahdi bagi umat ini, dan jumlah al-Mahdi ini adalah empat orang separti yang lazim diketahui umum.

4. Imam al-Mahdi yang Muntazar, hanya seorang saja yaitu Muhammad bin Abdullah, Ahlulbait AS. Inilah al-Mahdi yang sebenar, yang telah menimbulkan terlalu banyak kontroversi, suatu jawatan yang cukup diminati oleh sekian banyak orang, yang dibuktikan dengan terlalu banyaknya dakwaan sebagai Imam Mahdi. Namun satu perkara yang pasti adalah, al-Mahdi yang sebenar tetaplah Imam Mahdi, manakala yang palsu tetap akan lenyap. Ini sesuai dengan firman Allah SWT, “Apabila datang yang hak, yang batil pasti akan sirna…”

5. Mahdi palsu yang sentiasa muncul di sana-sini dari masa ke masa. Inilah al-Mahdi palsu, yaitu golongan yang coba mengambil kesempatan di atas kejahilan dan kelemahan umat Islam untuk tujuan peribadi. Namun yang batil tetaplah batil, akhirnya pasti akan lenyap ditelan zaman, lenyap bersama-sama dengan lenyapnya si pendakwa dirinya Imam Mahdi itu.

6. Mahdi di kalangan para aulia Allah. Mereka ini adalah wali-wali besar pada zaman mereka dan menjadi pemerintah bagi sekalian wali pada zaman masing-masing. Mereka ini adalah para Wali Qutub dan Wali Ghaus, yang mempunyai peranan yang cukup besar dalam Wilayah Auliya. Peranan mereka tidak begitu diketahui oleh orang awam, tetapi cukup dirasakan oleh kalangan wali-wali dan para solihin.

7. Mahdi yang diambil berkat yaitu orang yang menggunakan gelaran al-Mahdi pada hujung namanya, bukan sebagai tokoh yang khas. Oleh karena Mahdi itu bermaksud orang yang mendapat petunjuk, maka beberapa orang pemerintah turut menggunakan gelaran al-Mahdi, dengan tujuan mengambil berkat daripada peribadi sebenar yang digelar al-Mahdi itu. Orang Melayu menamakan anak mereka dengan Mahadi, sebagai mengambil berkat tersebut.

Persoalan Imam Mahdi Adalah Persoalan Sejagat
Masalah Imam Mahdi adalah masalah yang sangat rumit dan sukar pula untuk dihuraikan dengan tepat, jika dilihat dari segi ilmu sosiologi moden, ilmu hadits, ilmu sejarah dan ilmu tauhid.
Ada pelbagai tanggapan dan tafsiran yang dapat dirumuskan daripada setiap pengakuan yang dibuat oleh para ulama dan sarjana. Masalah ini adalah masalah yang paling kontroversi di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga kini. Masalah Imam Mahdi ini boleh juga dikatakan sebagai masalah universal, yang melibatkan semua agama di dunia, sama ada agama samawi atau wasni. Sebabnya, Imam Mahdi itu adalah pemimpin sejagat, pemimpin bagi seluruh manusia, bukan sekadar pemimpin umat Islam atau sekelompok manusia saja.
Sejak dari zaman tabiin dan tabiit tabiin lagi, masalah Imam Mahdi sudah muncul dan ini menyebabkan banyak pihak coba mengambil peluang ini untuk menonjolkan diri dan keluarganya, malah tanah airnya kepada masyarakat umum dengan pengakuan sebagai Imam Mahdi yang ditunggutunggu itu. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat yang dapat dikutip daripada para tabiin lagi. Salah satunya adalah separti berikut.
Khalid bin Samir RH berkata,
“Musa bin Talhah bin Ubaidillah lari daripada (kejaran tentara) Al-Mukhtar ke Kota Basrah karena penduduknya percaya bahwa dia adalah Imam Mahdi.”
Riwayat di atas menunjukkan dengan jelas memang masalah Imam Mahdi sudahpun diperkatakan sejak dari zaman tabiin lagi, dan tidak heranlah jika ia terus diperkatakan sehingga kini. Sementelahan pula, orang ramai memang diakui sepanjang zaman sebagai tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai Imam Mahdi, walaupun diakui pula bahwa mereka cukup berminat dengan nama besar itu. Hal ini dikarenakan periwayatan mengenai Imam Mahdi jarang atau tidak dibuat secara terbuka dan terus terang karena ditakuti ada side effect dari pihak pemerintah pada zaman masing-masing terhadap diri mereka.
Jika didasarkan masalah ini secara umum, terdapat dua kelompok utama di kalangan umat Islam. Golongan pertama adalah golongan yang amat yakin akan kemunculan Imam Mahdi sehingga sebahagiannya jadi berlebih-lebihan pula keyakinan mereka itu, pada hal itu tidaklah dituntut, melainkan jika ada bukti yang sahih, khabar yang yakin dan sumber yang hak. Akibatnya mereka jadi tersalah dan sesat. Kedua, ialah golongan yang langsung tidak mau percaya akan kemunculan Imam Mahdi sehingga memandang ringan masalah ini seringan-ringannya. Akibatnya, mereka kerugian satu ilmu yang amat berguna pada masa ini, masa umat Islam sedang begitu lemah akibat ditekan-tekan oleh pihak musuh dari semua arah. Uraian lanjut mengenainya ada disertakan pada bahagianbahagian berikut nanti.
Memang diakui bahwa Imam Mahdi adalah harapan terakhir, sempadan terakhir dan benteng terakhir umat Islam. Bagindalah sebenarnya sumber agama dan penaik semangat umat Islam untuk meneruskan hidup dalam tekanan yang maha hebat oleh pihak musuh pada zaman ini. Nama Imam Mahdi itu sendiri pun sudah menjadi ‘bara yang terpendam’ di dalam lubuk hati setiap umat Islam yang sedang gigih berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Jika kita melihat berdasarkan sejarah umum di kalangan umat Islam, sudah terdapat lebih tiga ribu peribadi di seluruh dunia yang telah mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi sejak pertengahan tahun 200 Hijrah lagi sehinggalah ke hari ini. Sebahagiannya pula didakwa oleh orang lain sebagai Imam Mahdi, sedangkan dia tidak pernah mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Ini sebenarnya melibatkan semua mazhab dalam Ilmu Tauhid separti Ahlus Sunnah wal Jamaah, Syiah, Khawarij dan lain-lain lagi.
Pada setiap tahun, ada saja kedengaran berita bahwa si anu mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan berpusat di sekian sekian tempat. Pengikutnya pula memakai tanda-tanda atau pakaian tertentu, dengan slogan-slogan tertentu dan dengan matlamat yang tertentu pula. Ada yang radikal, ada yang sederhana radikal dan ada yang terus-menerus bergerak secara sembunyi-sembunyi, tanpa menampakkan sebarang tanda.
Pergerakan kumpulan mereka amat rahsia, tidak diketahui oleh orang luar. Mereka mempunyai buku-buku rujukan sendiri yang isinya amat pelik dan tidak ada kena-mengena dengan syariat, yang tidak boleh dibacakan kepada orang ramai secara terbuka. Amalan-amalan yang mereka lakukan juga jauh menyalahi amalan yang lazim terdapat di dalam syariat kita. Fatwa-fatwa mereka amat pelik dan tidak sesuai dituruti oleh orang ramai secara bebas, dibuat oleh ketua mereka dan hanya sesuai untuk kegunaan dalaman saja.
Kita seharusnya mengakui bahwa yang benar tetap benar, manakala yang salah itu tetaplah salahnya. Tidak boleh yang benar itu disalah-salahkan dan yang salah itu sedaya upaya coba juga dibenarkan, walaupun tidak boleh dan tidak mungkin dapat dibenarkan. Maka ikhtilaf atau kontroversi di sekitar persoalan Imam Mahdi ini amatlah memerlukan penjelasan yang tidak berat sebelah, tidak dipengaruhi oleh sebarang sentimen dan sikap taksub, supaya kekeliruan yang menyelubunginya selama ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak lagi berlarutan.
Demikianlah kesejagatannya isu Imam Mahdi ini. Isu ini adalah isu yang cukup tersembunyi, sangat misteri dan amat luas diperkatakan. Isu ini sememangnya cukup tersembunyi tetapi cukup membara, panas sepanjang masa, sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Isu Imam Mahdi ini cukup menarik sehingga setiap bangsa, setiap agama, setiap masa dan setiap tempat di atas muka bumi ada mempunyai Imam Mahdinya sendiri.
Bagi yang rajin meneliti masalah ini lagi, akan didapati pula bahwa Imam Mahdi adalah suatu perkara yang tidak terhad kepada sesuatu sempadan negara saja karena hampir setiap negara di dunia ini mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri. Tidak terhad kepada sesuatu sempadan masa saja karena pada setiap zaman itu ada Imam Mahdinya sendiri sama ada benar atau palsu. Tidak terhad juga kepada sesuatu bangsa saja karena semua bangsa mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri sama ada benar atau palsu. Tidak juga terhad kepada sesuatu sempadan agama saja karena hampir setiap agama ada mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri. Hanya nama, sifat dan gelarnya saja yang berbeda-beda. Dan yang paling menarik ialah, setiap hati yang beriman pasti mau tidak mau amat mengharapkan kedatangan seorang juruselamat yang bakal menyelamatkan mereka daripada terus karam dan tenggelam dalam pelbagai cobaan dan dugaan masa, yang ternyata amat melemaskan hati beriman mereka.
Agama-agama Lain pun Ada ‘Imam Mahdi’
Kalau kita beranggapan bahwa hanya di dalam agama Islam saja yang ada Imam Mahdi, maka eloklah kita berfikir sekali lagi. Andaian tersebut tidak tepat sama sekali, dan lebih bersifat andaian melulu. Seharusnya kita mengkaji semula persoalan ini dengan lebih teliti dan saksama. Yang berbeda adalah dari segi nama, sikap, cara hidup, tujuan turunnya, masa turun dan tempat turunnya.
Jika dilihat dalam agama lain pula, terdapat juga konsep Imam Mahdi ini. Kebanyakan agama di dunia ini sangat menantikan kedatangan seorang sang penyelamat yang akan membebaskan mereka daripada kezaliman, kesengsaraan dan penindasan. Selain daripada Islam, agama-agama lain separti Yahudi, Kristian, Majusi dan Hindu juga sangat menantikan kedatangan seseorang yang bakal muncul membawa keamanan dan keadilan kepada dunia.
Orang-orang Yahudi mazhab ortodoks percaya bahwa akan lahir Imam Mahdi dari kalangan mereka. Mereka percaya Imam Mahdi ini akan lahir dengan segala macam keramat dan kelebihan, akan mengembalikan mereka ke tanah tumpah asal mereka, Baitulmaqdis, Bukit Tursina dan Palestin. Mereka ini dipanggil golongan Messianic yaitu golongan yang percaya akan tibanya sang juru selamat. Perkataan Messianic itu sendiri datang dari kata Messiah, yaitu orang yang digelar ‘Imam Mahdi’ (menurut ajaran agama mereka).

Kenyataan mengenai Imam Mahdi ada disebutkan dengan jelas sekali di dalam Kitab Taurat yang asli dan karena itulah hal ini sangat diyakini oleh orang-orang Yahudi, sebelum akhirnya golongan Zionis melarang umatnya mempercayai hal-hal keramat sedemikian. Hal yang demikian turut juga dicatatkan di dalam sejarah orang-orang Yahudi zaman pertengahan dahulu.

Kepercayaan akan tibanya Messiah yang dinanti-nanti, yang membawa mereka kembali semula ke Palestin, memenangkan bangsa Yahudi atas semua bangsa di dunia, menghapuskan semua agama lain, penuh dengan kekeramatan yang sangat luar biasa dan sangat dikultuskan oleh mereka, akhirnya berjaya dihapuskan setelah ajaran sekular Zionis dipaksakan ke atas semua umat Yahudi mulai tahun 1890 Masihi.
Sejak itu, semua anggapan terhadap kehebatan Messiah yang dinanti-nantikan itu lenyap dan orang-orang Yahudi kembali semula ke ‘alam nyata’ dan berusaha sendiri membina bangsa dan negara mereka tanpa perlu menunggu-nunggu dan mengharapkan kedatangan Messiah itu lagi.
Orang-orang Yahudi selepas itu mulai meninggalkan khayalan keramat Imam Mahdi mereka dan hidup dalam dunia nyata mereka sehinggalah ke hari ini.
Dalam Kitab Perjanjian Lama, Kitab Kejadian (Genesis) 18:20
“Dan bagi Ismail, Aku mendengar doanya; Sungguh, Aku akan
memberkatinya dan menjadikannya mewah dan Aku akan kembang biakkan
keturunannya, Dua Belas Raja akan dilahirkannya dan Aku akan jadikannya
bangsa yang besar”
Manakala di dalam Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS, ada dituliskan satu ayat yang bunyinya (terjemahannya) kira-kira begini:
“ …dan Allah akan memunculkan para wali yang akan menjadi pemilik dunia
ini dan menyelesaikannya selama-lamanya” (Mazmur 37, 10-37).
Selain daripada kepercayaan yang demikian, bagi orang-orang Yahudi, disebabkan mereka telah kehilangan tanah suci dan tanah asal mereka, lalu dijadikan hamba abdi oleh bangsa Kaldea dan Suryani pada zaman dahulu, mereka menjadikan salah seorang nabi mereka sebagai Mahdi yang akan muncul, yang bakal menyusun kembali bangsa Yahudi dan akan mengembalikan mereka ke tanah suci yang dijanjikan itu, pada masa depan.
Menurut kepercayaan itu, orang-orang Yahudi menganggap bahwa Nabi Elijah (Nabi Ilyas AS) telah diangkat ke langit oleh Tuhan, belum mati, dan akan diturunkan semula ke dunia ini pada akhir zaman untuk menyelamatkan anak-anak Israel daripada kesusahan dan kezaliman. Itulah Mahdi mereka. Menurut Islam, memang pun Nabi Ilyas AS belum mati, dan akan muncul kembali pada zaman Imam Mahdi tetapi bukan beliau yang menjadi Imam Mahdi. Beliau hanyalah salah seorang pengikut Imam Mahdi, sebagai pembantu kanan Imam Mahdi.

Orang Kristian juga sangat yakin dengan konsep Imam Mahdi ini, yang kononnya akan lahir dari kalangan penganut agama mereka pula. Dan konsep kepercayaan ini lebih bersifat literal (dari mulut ke mulut) dan bukan merupakan satu kepercayaan yang diwajibkan mempercayainya. Apa yang jelas, Imam Mahdi yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Nabi Isa As sendiri. Hasilnya, sebahagian besar saja yang percaya, manakala sebahagian yang lain tidak menyatakan kepercayaan mereka atau langsung tidak percaya.
Mereka juga, sebahagian besarnya, percaya bahwa Nabi Isa AS pun akan turun ke dunia ini sekali lagi untuk mengamankan seluruh bumi ini. Maka tidak heranlah (sebagai hasilnya) jika di negeri China, terdapat orang Cina beragama Kristian yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan sekali gus jelmaan suci Nabi Isa AS. Beliau ialah Hung Hsiu-chuan, pemimpin Gerakan T’aiping pada tahun 1890 yang amat terkenal itu.
Nietzsche, seorang tokoh sastera terkenal di Jerman, juga mengaku dirinya Jesus, sekaligus sebagai sang penyelamat. Dia mengantar surat kepada raja-raja dan pembesar-pembesar yang mengandungi dakwaan bahwa dirinya sebagai Jesus. Keadaan yang sama turut dilaporkan berlaku di Eropah Timur dan Amerika Utara. Malah di Amerika Latin juga, ada dilaporkan orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi, sekali gus sebagai Jesus Christ. Benua Afrika sendiri tidak terkecuali karena baru-baru ini seorang paderi bernama Maitreya turut mendakwa dirinya sebagai jelmaan semula Jesus, dan sekaligus menjadi Imam Mahdi bagi umat Kristian.

Agama Hindu juga sangat yakin dengan kedatangan seorang Mahdi yang akan mengembangkan ajaran agama Hindunya ke seluruh dunia, pada akhir zaman kelak. Disebutkan gelarannya Mansur atau Maha Shiva atau nama sebenarnya Mahmat atau Ahmad. Selain itu ada beberapa nama lagi yang diberikan kepadanya, sebagai menunjukkan ketinggian kemuliaannya dan besar kedudukannya.
Dalam kitab “Veda” yaitu salah sebuah kitab suci dalam agama Hindu, tertulis suatu ayat yang terjemahannya kira-kira begini:
“Pada penghujung (umur) dunia, setelah berlaku penyelewengan di muka
bumi, (muncul) seorang pemimpin yang dipanggil Mansur. Dia akan
menguasai seluruh dunia, dia amat dikenali oleh setiap orang sama ada yang
beriman atau yang kafir, dan apa saja yang dipintanya, Tuhan akan
tunaikan dia”.
Selain itu, para penganut Hindu juga percaya, berdasarkan keterangan kitab mereka bahwa Dewa Krisyna adalah seorang dewa jejaka yang bujang, tidak pernah berkahwin. Beliau digambarkan sebagai seorang pemuda yang sedang disalib dengan ditebuk kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kakinya. Pada tengah dadanya tergambar ulu hati manusia, manakala kepalanya pula memakai mahkota. Menurut kepercayaan mereka lagi, Dewa Krisyna itu akan turun semula ke dunia ini pada akhir zaman untuk menyelamatkan manusia dan dunia ini daripada segala mala petaka. Maknanya, selain Imam Mahdi, Dewa Krisyna juga akan turun membantu mengamankan dunia ini. Penganut agama Buddha juga yakin dengan kedatangan Mahdi yang akan membersihkan dunia ini dari kekejaman, dan Mahdi itu dibekalkan dengan segala macam kuasa hebat dan ilmu sakti (keramat menurut Islam). Mahdi yang dimaksudkan itu disebut sebagai Shammaraja (Raja yang Sangat Adil). Nama sebenar dan tempat lahir Mahdi itu tidak dinyatakan dengan jelas. Tetapi mereka percaya, atas perkhabaran para sami mereka, zaman sekarang ini adalah zaman untuk Shammaraja itu memunculkan dirinya dan menyelamatkan dunia ini.
Mereka juga percaya bahwa Siddharta Gautama, pengasas agama Buddha itu, yang dikatakan datang dari kalangan bangsawan Sakra di negeri Kapilawastu (di Nepal sekarang) adalah dari kelahiran tunggal, dan akan turun semula ke dunia ini pada akhir zaman kelak untuk membersihkan dunia daripada kesengsaraan dan kekejaman. Tapi, konsep ini sebenarnya sama dengan kepercayaan penurunan semula Nabi Isa AS ke dunia ini separti yang terdapat di dalam agama Kristian dan agama Islam.

Orang-orang Majusi aliran Mazda, yang menganut ajaran ciptaan Zarathustra (Zoroaster) yaitu golongan penyembah api suci, yang jumlahnya hari ini kira-kira setengah juta orang di Iran dan beberapa ribu lagi di India, juga yakin dengan konsep Imam Mahdi. Ajaran mereka menyatakan bahwa tiga orang penyelamat besar akan muncul, dimulai oleh Aushedar dan diikuti pula oleh Aushedar-mah. Yang terakhir keluar ialah seorang lelaki perkasa bernama Saoshyant / Shayoshant, yang berasal dari anak cucu Zoroaster, yang akan muncul dan memusnahkan Ahriman, kuasa jahat, sekali gus membersihkan dunia ini daripada kegelapan dan kesengsaraan. Dia memerintah dunia dengan adil dan saksama selama seribu tahun, mendirikan kerajaan Ahura Mazda yang sepenuhnya. Mereka tidak menyebutnya dengan sebutan Mahdi tetapi maksudnya sama dengan Mahdi bagi umat Islam. Dan daripada ajaran Mazda inilah orang-orang Syiah menyerapkan konsep Imam Mahdi mereka, karena meyakini Imam Mahdi Syiah itu akan memerintah dunia ini selama seribu tahun.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kitab ‘Yanaseb / Yasna’ yang ditulis oleh salah seorang murid kanan Zoroaster yang mengasaskan agama Majusi itu membuat penyataan yang terjemahannya berbunyi kira-kira:
“Dari jazirah tanah Arab , dari anak cucu Hasyim, seorang lelaki yang
kepalanya besar, badannya besar dan berkaki besar akan muncul, lalu
meneruskan agama datuknya dengan pasukan tentara yang besar, datang ke
Iran lalu memerintah dunia dan memenuhkan bumi ini dengan keadilan”.
Demikianlah sekelumit pandangan dan penyataan mengenai turunnya sang penyelamat bagi beberapa buah agama besar dunia, separti yang kita dapati daripada kitab-kitab suci agama masing-masing.
Semoga ilmu dan kefahaman kita akan bertambah setelah membaca keterangan ini. Cuma kita tidaklah harus mempedulikan sangat tentang keperibadian sang penyelamat mereka itu, karena yang demikian tidaklah perlu diambil perhatian. Tidak perlu diulas benar atau tidaknya kepercayaan mereka ini, sebab kalau pangkalnya yakni akidahnya saja pun sudah sesat, maka hujung-hujungnya pastilah sesat juga. Mustahil pangkal yang sesat dapat menghasilkan hujung yang betul. Maka apa-apa jua keterangan daripada mereka tidaklah dapat menambahkan apa-apa kepada kita dan tidak pula mampu mendatangkan apa-apa ketahui buruk kepada kita.
Yang perlu ditekankan di sini adalah, begitulah terkenalnya sekali tokoh istimewa ini, hingga setiap bangsa, dari setiap agama, pada setiap tempat dan pada setiap zaman, ada saja dilaporkan orang yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi, atau orang lain mendakwakan bahwa si anu itu adalah Imam Mahdi. Malah, orang yang telah benar-benar mati pun tidak terlepas daripada didakwa sebagai bakal Imam Mahdi! Yang peliknya, ramai pula yang terus percaya bulat-bulat, walaupun tiada sebarang persamaan antara individu yang didakwa itu dengan sifat-sifat Imam Mahdi separti yang telah digariskan oleh hadits-hadits.

Share this:

https://mataram351.wordpress.com/imam-mahdi/uraian-bagi-istilah-mahdi/

Alam Barzah


Barzah (bahasa Arab:البرزخ) adalah sebuah alam yang berada di antara dunia dan akhirat. Alam barzah juga disebut sebagai kiamat sughra, alam mitsal atau alam kubur. Alam ini ada untuk dua kelompok manusia: mukmin dan kafir dengan perbedaan bahwa surga untuk kelompok mukmin dan neraka bagi orang-orang kafir.

Pengetian Barzah

Barzah secara bahasa berarti penghalang atau pemisah antara dua hal [1] dan secara istilah, barzah adalah jarak pemisah antara akhir kehidupan duniawi (kematian) dan memulai kehidupan ukhrawi. Alam ini disebut dengan alam barzah yang menjadi perantara antara dunia dan akhirat. [2] Alam ini juga disebut dengan alam kubur, alam mitsal dan kiamat sughra. [3]

Barzah dalam Al-Quran

Kata Barzah dalam Al-Quran diulang sebanyak 3 kali (surah Al-Furqan:53, surah Al-Rahman:20, surah Al-Mukminun:100) namun hanya surah Al-Mukminun yang memiliki makna yang sesuai dengan pembahasan ini:
حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّی أَعْمَلُ صَالِحًا فِیمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى یوْمِ یبْعَثُونَ
(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan".
Dalam ayat ini, setelah Al-Quran menjelaskan ketidakpantasan permohonan sebagian orang, dimana ketika berhadap-hadapan dengan kematian, mereka mengharap kembali ke dunia, dikatakan bahwa di depan kelompok ini ada sebuah penghalang sampai hari kiamat dan ibarat "ila yaumi yub'atsun" menceritakan bahwa yang dimaksud itu adalah barzah yaitu jenjang (jembatan) antara dunia dan akhirat yang mana setiap manusia akan mengalaminya sebelum terjadinya hari kiamat.

Pembuktian Barzah dalam Al-Quran

Selain ayat ke 100 dari surah Al-Mukminun yang menjelaskan tentang keberadaan barzah, sebagian ayat-ayat lain juga tanpa menyebutkan kata barzah telah menetapkan dan membuktikan keberadaannya. Ayat-ayat ini berbicara dan mengabarkan bahwa para syuhada itu hidup. Ayat-ayatnya adalah sebagai berikut:
·         وَ لا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْواتاً بَلْ أَحْياءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (Surah Ali Imran:169)
·         وَ لَا تَقُولُوا لِمَن یُقتَلُ فِی سَبِیلِ اللهِ أموَاتٌ بَل أحیَاءٌ وَ لَکِن لَا تَشعُرُون
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya. (Surah Al-Baqarah:145)
Menurut ayat-ayat Al-Quran Barzah tidak hanya dikhususkan bagi para syuhada akan tetapi alam ini juga disediakan juga untuk para kafir yang membangkang seperti fir'aun dan para pengikutnya sebagaimana yang dimuat dalam surah Al-Mukminun, Allah berfirman:
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْها غُدُوًّا وَ عَشِيًّا وَ يَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذابِ
Mereka (Fir'aun dan para pengikutnya) setiap pagi dan petang berada di depan api dan ketika hari kiamat berlangsung, keluar perintah untuk menyiksa keluarga Fir’aun dengan seberat-beratnya siksaan. [4] Ayat tersebut dengan begitu jelas menceritakan tentang sebuah siksaan sebelum siksaan hari kiamat, dan itulah yang disebut dengan azab atau siksaan di alam barzah.

Barzah dalam Beberapa Riwayat

Dalam sebagian riwayat kata barzah, diartikan sebagai sebuah jenjang (jembatan) antara dunia dan akhirat. Contohnya, dimuat dalam sebuah hadis dari Imam Shadiq as setelah Imam menjelaskan sebuah hal bahwa semua pengikut Syiah (yang hakiki) telah memasuki surga, [5] Imam bersabda:
واللهِ اَتَخَوفُ علیكم فی‌البرزخ
Aku bersumpah demi Allah, Sesungguhnya aku takut atas kalian di alam barzah. Kemudian dalam menjawab pertanyaan perawi yang bertanya tentang barzah berkata: القبرُ منذُ حین موته الی یوم القیامة (Barzah) yaitu kuburan yang dimulai dari kematian hingga menjelang hari kiamat.
Dari ibarat atau ungkapan kedua tersebut diatas dapat dipahami bahwa maksud dari alam kubur yaitu alam barzah dan memang pada dasarnya yang dimaksud dari kuburan dalam sebagian riwayat adalah bukan liang tanah yang digali untuk menempatkan badan mayit, namun yang dimaksud adalah batin dari kuburan tersebut dan itu adalah alam barzah dan karena liang tanah adalah tempat penempatan badan jasmani dan alam barzah juga adalah tempat penempatan ruh manusia oleh karena itu untuk alam barzah juga dikatakan alam kubur.[6]

Surga dan Neraka Barzah

Sebagian riwayat menjelaskan bahwa alam barzah juga memiliki surga dan neraka tersendiri untuk mendapatkan balasan atas amal perbuatan mereka. Nabi yang mulia saw bersabda:
القبرُ امّا روضةُ من ریاض الجنّة او حفرة من حُفَر النار
Kuburan (barzah) adalah kebun dari kebun-kebunnya surga atau jurang dari jurang-jurangnya neraka. [7]

Pertanyaan di Alam Kubur

Ada beberapa dari riwayat-riwayat yang menjelaskan bahwa manusia pada awal memasuki alam barzah, maka kepada mereka akan ditanyakan tentang keyakinan dan amal perbuatan mereka. Perhitungan ini dalam beberapa riwayat dikenal dengan "pertanyaan di alam kubur".

Badan Barzah

Ruh manusia setelah kematiannya bergantung pada badan mitsali atau barzah. Badan mitsali adalah badan yang bentuk dan sifatnya bukanlah badan materi namun dari sebagian sifat-sifatnya memiliki ciri-ciri materi seperti bentuk dan ukuran dan dalam hal ini sama mirip dengan badan alami seseorang. [8] Untuk mendapatkan gambaran yang jelas dari badan mitsali atau barzah kita bisa menggambarkan keadaan tersebut pada gambaran-gambaran ketika seseorang sedang mengalami mimpi dan tidak diragukan lagi bahwa gambaran-gambaran tersebut bukanlah materi dan sama sekali tidak mengambil tempat dan ruang serta tidak memiliki bobot dan timbangan, namun masih memiliki bentuk, ukuran dan bentuknya serupa dengan bentuk-bentuk materi lainnya.

Catatan Kaki

  1. Jump up↑ Al-Mufaradat fi Gharib Al-Quran, terkait klausul kata Barzah; Al-Nihāyah fi Gharib Al-Hadist, jld.1, hlm.118.
  2. Jump up↑ Ibid, jld. 14, hlm. 315.
  3. Jump up↑ Lihat: Syarh Fushus Al-Hikam, hlm.97-102.
  4. Jump up↑ Al-Kafi, jld.3, hlm.242.
  5. Jump up↑ Terjemah Tafsir Mizan, jld.14, hlm. 315.
  6. Jump up↑ Subhani, Janbe Al-Dahiyat, jld.4, hlm.238.
  7. Jump up↑ Irsyad Al-Qulub, jld.1, hlm. 75.
  8. Jump up↑ Yeksadu Hasytad Porsisyu Pasuhk, hlm.361-362.

Daftar Pustaka

  • Qaishari, Syarh Fushus Al-Hikam, Tehran, Intisyarat-e Ilmi wa Farhanggi, 1375 S.
  • Raghib Isfahani, Husain bin Muhammad, Al-Mufaradat fi Gharib Al-Quran, peneliti: Shofwan Adnan Daudi, Damaskus, dar Al-Ilm Al-Dar Al-Syamiah,1412 H.
  • Jazari, Ibnu Atsir, Al-Nihāyah fi Gharib Al-Hadist, Qum, Ismailiyan, 1367 S.
  • Thabathabai, Muhammad Husain, Tafsir Mizan, Terjemahan Sayid Muhammad Baqir Musawi *Hamedani, Qum, Daftar Intisyarat-e Islami Jamiah Mudarisin, Hauzah Ilmiah Qum, 1374 S.
  • Makarim Syirazi, Nasir, Yeksadu Hasytad Porsisyu Pasuhk, Dar Al-Kutub Al-Islamiyah.
  • Makarim Syirazi, Nasir, Tafsir Nemuneh, Tehran, Intisyarat-e Dar Al-Kutub Al-Islamiyah, Percetakan Haidari, 1372 S.
  • Kulaini, Muhammad bin Yakub, Al-Kafi, Tehran, Dar Al-Kutub Al-Islamiyah, 1365 S.
  • Dailami, Husain bin Abi Al-Hasan, Irsyad Al-Qulub, Qum, Syarif Radhi, 1412 H.

Ma'ad Jasmani


Ma'ad jasmani (bahasa Arab:المعاد الجسمانی) adalah jasad dan ruh manusia bersama dibangkitkan kelak pada hari kiamat. Keyakinan ini merupakan kesepakatan seluruh kaum Muslimin. Akan tetapi, terkait dengan persoalan bagaiman terjadinya ma'ad jasmani, terjadi perbedaan pendapat di antara kaum Muslimin. Berdasarkan pendapat masyhur para teolog, badan jasmani di dunia ini akan dikembalikan. Dalil mereka adalah teks ayat dan riwayat. Sementara para Filosof, antara mengingkari ma'ad jasmani ini dan menetapkannya dengan badan imaginal. Para Filosof meyakini bahwa bentuk lahir dalil-dalil ini keliru jika ditinjau secara rasional. Mulla Shadra demi menyelesaikan perbedaan pendapat antara pendapat filosof dan teks dalil-dalil tekstual, menyampaikan pendapatnya tentang teori ma'ad jasmani dengan badan imaginal (mitsali).
Pengertian Ma'ad Jasmani
Kata "ma'ad" secara leksikal memiliki banyak arti: membalikkan, kembali, melewati, kembali, tempat kembali dunia, kebangkitan dan kebalikan dari kehidupan.
Menurut istilah para teolog, ma'ad adalah pengumpulan dan kebangkitan. Para teolog menilai bahwa ma'ad terdiri dari dua macam: ma'ad jasmani dan ma'ad ruhani.
Dalam pendekatan ini, ma'ad jasmani adalah salah satu bagian dari pokok-pokok ajaran agama dan jika seseorang mengingkarinya, maka hal itu meniscayakan kekufuran. [1] Hal ini karena manusia terdiri dari ruh dan badan. Dengan berakhirnya umur manusia dunia, maka manusia akan berpindah ke alam barzah. Ketika hari kiamat tiba, maka pada kali kedua jasad dan ruhnya akan hidup kembali dan apabila ia adalah seorang yang berbuat keburukan, maka akan menerima balasan amalan buruknya.[2]
Berbagai Pendapat mengenai Ma'ad Jasmani
Terdapat ragam pendapat mengenai ma'ad jasmani: Sebagian mengingkarinya dan sebagian menerimanya. Namun mengenai bagaimana proses terjadinya ma'ad jasmani terdapat perbedaan pendapat di antara mereka. Beberapa pendapat mengenai ma'ad jasmani:
a. Kembalinya ruh ke badan jasmani dunia: Para teolog berdasarkan teks ayat-ayat Al-Quran dan riwayat-riwayat berkeyakinan bahwa pada hari kiamat, jasad badan ragawi manusia atau badan lain yang akan menyertai dibangkitkannya ruh manusia.[3]
b. Kebersamaan ruh dan badan imaginal (mitsali): Mulla Sadra mengemukakan teori baru dalam rangka menyatukan dalil referensial (naqli) dan dasar-dasar pandangan filsafat. Berdasarkan teori ini, setelah ruh terpisah dari badan jasmaninya, jiwa manusia akan menyesuaikan dengan alam barzah dan kiamat, sebuah badan akan membuat badan sendiri yang memiliki kemiripan dengan badannya di dunia. Badan ini, seperti badan dunia, namun bukan badan itu juga, meskipun memiliki tipologi jasmani, namun sejatinya bukan jasmani dan tidak memiliki volume.[4]
c. Kembalinya badan elemental atau fisikal ke ruh yang sifatnya non-material: Sebagian pengikut Hikmat Muta'aliyah (Filsafat Hikmah) seperti Agha Ali Zanuzi yang memiliki pandangan berbeda dengan Mulla Sadra bahwa badan manusia pada hari kiamat tidak dibangun oleh jiwa, namun badan dunia setelah terpisah darinya, masih terus bergerak dan menuju kesempurnaannya sendiri. Gerak substansial ini akan terus bergerak hingga memiliki kelayakan untuk mencapai kembalinya ke jiwa dan peletakannya di akhirat. Oleh itu, pada ma'ad, jiwa manusia tidak kembali ke badan dunia, namun badan itulah yang bergerak menuju jiwa dan akan menaik kemudian akan kembali menyatu dengannya.[5]
d. Ma'ad jasmani dengan badan elemental atau fisikal akan mencapai kesempurnaan: Sebagian lain dari pengikut Hikmah Muta'aliyah seperti Sayid Abul Hasan Rafi'i Qazwini mengemukakan pendapat lain dan menyatakan ketidaksetujuannya terhadap pandangan Mulla Shadra yang mendasarkan ma'ad jasmani dengan teks ayat dan riwayat. Berdasarkan pendapatnya, jiwa manusia setelah berpisah dari badan materi akan bersatu dengan badan imaginal. Kemudian ketika badan elemental telah menyempurna secara natural, maka ia akan memiliki kapasitas untuk hadir pada hari kiamat dan terjadilah ma'ad jasmani. Badan ukhrawi yang terbuat dari tanah dan partikel tanah ini secara bertahap akan menyempurna dan akan menyesuaian dengan alam akherat sehingga ruhnya akan bisa bergabung dengannya.[6]
e. Ma'ad dengan badan imaginal: Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh Syaikh Ahmad Ihsai pendiri sekte Syaikhah, manusia memiliki dua badan jasmani. Badan pertama adalah badan duniawi yang ketika di alam kubur berubah menjad tanah dan akan hancur. Badan kedua tidak dapat dilihat oleh mata dan berupa tanah sebagaimana yang telah dijelaskan dalam riwayat yaitu tanah yang ada di kuburan tanpa perubahan sedikit pun. Dengan kematian seseorang, ruh manusia akan terpisah dari badan pertama dan badan kedua akan tetap ada padanya dan ruh manusia akan menyatu dengannya. Penyatuan badan akan terjadi dengan badan kedua dan manusia akan masuk ke surga atau neraka dengan badan kedua tersebut. [7]
Sebab Perbedaan Pendapat
Dasar sebagian perbedaan pendapat adalah syubhat ma'ad jasmani badan elemental. Sebagian syubhat ini menjadi dalil bagi tidak adanya jisim elemental setelah menusia meninggal, namun beberapa pendapat lain tidak menjadikan hal itu untuk menentang adanya ma'ad jasmani. Sebagian dalil yang mereka kemukakan adalah dalil akli dan naqli. Sebagian dari syubhat akli dalam pembahasan ma'ad jasmani seperti: imtina' i'adeye ma'dum (mustahilnya kembali sesuatu yang telah tiada), syubhah ‘akil wa ma'kul (keraguan antara yang makan dan dimakan), imtina' tanāsukh (kemustahilan inkarnasi) dan lainnya. [8]
Hal kedua yang menjadikan perbedaan pendapat adalah mengenai proses kembalinya manusia. Dengan demikian, sebagian orang-orang yang berkeyakinan bahwa ruh rasional (natiqah) seperti filosof ilahi, hanya menerima ma'ad ruhani. Beberapa pihak yang mengingkari ruh rasional non-materi seperti sebagian teolog hanya menerima ma'ad jasmani dan sebagian lagi yang mengingkari seperti filosof ateis (mulhid) dimana manusia hanya dinilai sebagai badan saja, mengingkari kedua jenis ma'ad, baik ma'ad jasmani maupun ma'ad ruhani.
Ayat Al-Quran untuk Membuktikan Ma'ad Jasmani
Untuk membuktikan ma'ad jasmani terdapat tiga ayat yang menjelaskan tentang dihidupkannya kembali orang-orang yang telah mati. Kisah Nabi Aziz atau Nabi Armiya, [9] dihidupkannya kembali burung oleh Nabi Ibrahim[10] dan hidupnya kembali seorang dari kaum Bani Israel[11] adalah contoh-contoh dari dihidupkannya yang telah mati di dunia dan menunjukkan tentang kemungkinan terjadinya ma'ad jasmani. Sebagian dari ayat-ayat al-Quran menunjukkan keluarnya orang-orang yang telah meninggal dari bumi atau dari kuburan seperti ayat 24 dan 25 surah Al-A'raf. Demikian juga ayat-ayat tentang dibangkitkannya manusia dari kubur pada hari kiamat seperti yang diisyaratkan al-Quran adalam ayat 7 surah Al-Hajj.
Bagaimana Proses Terjadinya Ma'ad Jasmani atau Jasad Elemental
Penjelasan ma'ad jasmani berdasarkan ayat dan riwayat meniscayakan beberapa catatan:
·         Berdasarkan dalil-dalil yang ada, kembalinya badan material dan badan elemental terjadi dengan anggota-anggota badan asli.
·         Badan ukhrawi dan badan ragawi memiliki kemiripan, tidak identik antara yang satu dengan yang lainnya dan dalam semua tipologi.
Berdasarkan pada riwayat yang ada, segala sesuatu yang berubah menjadi tanah, atau segala sesuatu yang dimakan oleh hewan dan segala sesuatu yang ada di tanah, tidak akan tersembunyi dari ilmu Tuhan. Tanah itu ketika bi'tsah akan berkumpul diantara yang satu dengan yang lainnya dan dengan ijin Allah akan berpindah ke tempat dimana ruhnya berada di sana dan akan kembali berbentuk seperti pada manusia sebelumnya sehingga ruhnya akan menyatu dengannya. [12] Dalam sebagian riwayat-riwayat lainnya, setelah manusia meninggal, meskipun tulang dan daging manusia berubah menjadi tanah, namun tanah liat dan bagian asli seseorang, dimana manusia tercipta darinya, akan tetap ada dan tidak akan hancur. Bagian yang masih ada ini akan diciptakan kembali seperti dalam keadaan semula. [13]

Catatan Kaki

  1. Jump up↑ Al-Ma'ād fi al-Kitāb wa al-Sunah, hlm. 223-227; Al-Qāul al-Sadid fi Syarah al-Tajarrud, hlm. 384; Ma'ad az Didgāh Qur'ān, Hadits, Falsafah, 1888.
  2. Jump up↑ Farhang Syiah, hlm. 413.
  3. Jump up↑ Hilli, Bab 11, hlm. 207, Tafsir Kabir, jld. 2, hlm. 55.
  4. Jump up↑ Mulla Shadra, Asfār Arba'ah, jld. 9 hlm. 189-200.
  5. Jump up↑ Kadyur, Majmu'ah Mushanafāt Hakim, jld. 2, hlm. 93.
  6. Jump up↑ Rafi'i Qazwini, Ghaushi dar Bahr Ma'rifat, hlm. 166.
  7. Jump up↑ Ihsayi, Syarah al-Ziyārah al-Jāmiah al-Kabirah, jld. 4, hlm. 45-51, Ihsai, Syarah al-‘Arasyiyah, hlm. 198-191.
  8. Jump up↑ Hilli, Kasyf al-Murad, hlm. 400-407.
  9. Jump up↑ Qs al-Baqarah [2]: 259.
  10. Jump up↑ Qs al-Baqarah [2]: 260.
  11. Jump up↑ Qs al-Baqarah [2]: 72 dan 73.
  12. Jump up↑ Masyhadi, 1413, jld. 11, hlm. 100 dan 101.
  13. Jump up↑ Majlisi, Bihār al-Anwār, jld. 7, hlm. 43.

Daftar Pustaka

  • Al-Quran al-Karim
  • Muhammad Gilani, Muhammad, al-Ma'ād fi al-Kitāb wa al-Sunah, Tehran, 1379 H.
  • Husaini, Syirazi, Muhammad Mahdi, al-Qāul al-Sadid fi Syarah al-Tajrid Thusi, Najaf, Mauthbu'ah Adab.
  • Rabbani Naqabi Miyanji, Husain, Ma'ād az Didgāh Qur'ān Hadits wa Falsafah, Qum, Hayam, 1360 S.
  • Sekumpulan penulis, Farhang Syiah, Qum, Zamzam Hidayat, 1386, cet. 2.
  • Hilli, Hasan bin Yusuf, al-Bab 11, Tehrn, Muasasah Muthali'at Islami.
  • Fakhr al-Razi, Tafsir Kabir, Beirut, Dar al-Kitab al-Ilmiyah, Ihya al-Tsurats Arabi.
  • Mula Shadra, Sadruddin Muhammad, al-Hikmah al-Muta'aliyah fi al-Asfār al-Aqliyah al-Arba'ah, cet. 3, Beirut, Dar Ihya al-Tsurats al-Arabi, 1981.
  • Rafi'i, Qazwini, Sayid Abul Hasan, Ghaushi dar Bahr Ma'rifat, Tehran, Islam, 1376.
  • Kadyur, Muhsin, Majmu'ah Mushanafāt Hakim Muasis Agha Ali Mudaris Tehrani, Tehran, Muasasah Ithila'at, 1378 S.
  • Ihsayi, Ahmad, Syarah al-Ziyārah al-Jāmi'ah al-Kabirah, tanpa tempat, Maktabah al-Udzra, 1424.
  • Ihsayi, Ahmad, Syarah al-‘Arasyiyah, Kerman, Sa'adat, 1361.
  • Hilli, Hasan bin Yusuf, Kasyf al-Murād fi Tajrid al-I'tiqād, Qum, Muasasah al-Nasyar al-Islami 1404 H.
  • Majlisi, Muhammad Baqir, Bihār al-Anwār, Beirut, Muasasah al-Wafa, 1404.

Pranala Luar

  • Rujukan Makalah: Ma'ad Jasmani Badan Elemental (Dalil-dalil naqli dan kritik atas pandangan Raqib)
  • Metode al-Quran dalam mengkaji Ma'ad

LINI MASA TAN MALAKA 1897 s/d 1949

Tokoh pergerakan yang luar biasa, visi misi dan pemikiranya melampau zamannya. Hidup bak detektif swasta, pindah dari tanah kelahiranya me...